Pages

Tuesday, November 27, 2012

Kepercayaan

Bismillahirrohmanirrohim...

Entahla... dalam hidup aku, aku terlalu mudah mempercayai insan yg bernama sahabat. Padaku.. sahabat adalah segala-galanya dalam hidup ini selalin daripada hubungan kekeluargaan. Tiada sebab untuk aku mengesyaki... tiada sebab untuk aku membenci. Cuma terkadang tu.. memanglah kita menyatakan sesuatu ketidakpuasan hati tentang seseorang sahabat. Namun, hendak memberitahu amatlah payah demi menjaga hati dan perasaan. Lagipun, apalah sangat hendak dipersoalkan sedangkan diriku ni juga amatlah tidak sempurna dan tiada yg betul kesemuanya...

Kesilapanku... aku terlalu memperkatakannya kepada sahabat yg lain walaupun kadangkala aku tidak bermaksud negative memperkatakannya. Aku ingin belajar dari kesilapanku untuk lebih mendiamkan diri. Namun... masih ada sisa2 lama yang aku tidak tahu yang masih dipersoalkan. Semua ini telah menjadi sejarah dan titik hitam dalam hidupku.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa2ku... aku takut.. aku takut. Kerana perkara ini, namaku telah tercemar, reputasiku telah terbakar... aku tiada apa lagi. hanya yg tinggal Pasrah aku kepadaMu. Kau ampunilah daku dan sahabat2ku..

No comments:

Post a Comment