Teman,
Aku bahagia dikala kau sudi menjadi sahabatku
maafkan aku jika kau menyesali persahabatan ini
Teman
Benarkah aku ada mengata atau mengutukmu?
Jika benar, maafkan aku kerana aku merasakan itu duta dan fitnah semata
Namun, kau enggan mendengar apa yang ingin aku perkatakan
malah, kau juga enggan memberi aku ruang untuk berbicara
mengapa teman? adakah kerana kau mempunyai alibi yang menyatakan YA?
siapa? adakah dia juga mangsa sepertimu? dan kau saling bertukar YA?
Teman
maafkan aku sekiranya didalam hatimu mempunyai perasaan benci terhadap diriku
maafkan aku seandainya didalam dirimu mempunyai perasaan dendam terhadapku
maafkan aku kerana tak dapat lagi menjadi pendengar setia untuk dirimu
maafkan aku kerana aku tidak lagi menjadi pilihanmu
Teman
aku doakan kau bahagia dgn teman yang kau piliih sekarang ini
teman yang pernah suatu ketika menjadi org yang paling engkau tidak senangi
teman yang ketika itu setiap kesalahan dan kesilapannya kau adukan kepadaku
teman yang kau sering ceritakan hal peribadinya kepadaku
teman2mu itu yang sering kau bercerita akan segala hal luar dan dalaman mereka
mungkin kau lupa, kau lupa yang kau lebih tidak menyukai dan tidak menyenangi mereka
bukan sahaja hal2 peribadi, malah hal berkaitan kerja apatah lagi
siapa lah aku untuk tidak berpuas hati kepada mereka
aku sekadar menjadi teman setia mu
aku sekadar menjadi pendamping setiamu
aku sekadar meringankan bebanan dan tekanan yang ada pada dirimu
teman
mudahnya kau lupakan semua itu
kau lupa siapa engkau suatu ketika itu
kau lupa apabila kau mendengar keburukanku
kau lupa apabila kau tahu yang aku mengkhianatimu
kau lupa apabila kau tahu aku seperti manusia talam dua muka
kau lupa apabila kau tahu aku ni manusia yang menikam dari belakang
sedangkan... sedangkan itu semua satu penganiayaan terhadapku
penganiayaan yg terpaksa aku tanggung dek kerana manusia yang aku tak tahu apa motifnya
dek kerana manusia yg mungkin iri hati kepadaku
yang mungkin manusia itu tidak senang melihat aku bahagia bersamamu
yang mungkin manusia itu merasakan aku ni merampasmu daripadanya
yang mungkin aku ini penyebab kau tidak mempedulikannya
yang mungkin kau tidak mempedulikannya dikala waktu rehatmu
dikala waktu lapangmu
dikala waktu2 kau memerlukannya
tapi kau melebihkan aku dari mereka...
teman
sampai hati kau menyanjung manusia yg pernah kau sendiri persoalkan
sampai hati kau tidak mempersoalkan perbuatan jahatnya
sampai hati kau tidak membantuku dikala itu
sampai hati kau ... tak terkata aku mengenainya
teman
masih ingatkah lagi apa yg kau kata mengenainya?
A... lurus bendul yang kau rasakan org yg lurus itu jujur dan segala yg di ucapkannya benar belaka?
kau lupa yang A pernah memberitahu B yg aku menyindirnya? sedangkan aku endiri dah beritahumu yg aku x terfikir pun tentang itu..
takkan kau x boleh nampak si A tu suka sangka buruk pada aku..
kau lupa kau pernah bercerita mengenai peribadi A?
kau cerita padaku, suaminya seorang yang kuat cemburu
ingatkah lagi sewaktu kita pergi bermain bowling, suaminya mahu mengikuti kita
kau katakan suaminya itu.. ini.. dan mcm2 lagi...
mengapa aku tidak memberitahu Namimah ini yg kau juga banyak mengata dia? mengapa?
mengapa? kerana aku bukan seorang Namimah (membawa mulut, menjadi penyampai) kerana aku seorang yang setia
setia untuk menjaga keaban orang lain
aku setia untuk mengatakan yang kau hanya sekadar bercerita dan bukannya mengata.
kerana aku seorang yang baik sangka
tetapi... mengapa namimah ini sering buruk sangka padaku/
mengapa dia sering mentafsir dan mempersoalkan setiap perilakuku sebagai yang buruk2?
mentafsir segala perbuatan dan perkataanku sebagai mengata? kerana dia seorang yang bersangka buruk
kerana dia seorang yg suka berpandangan negatif
kerana dia suka semua sifat mazmumah itu untuk insan pilihan dia
untuk insan yg dia tidak senangi
untuk insan yg dia rasa telah mengganggu gugat kepentingan dia
untuk insan yg dia rasa dia patut jatuhkannya
kerana insan itu memang tidak disenanginya
kerana insan itu adalah aku
kenapa dia tidak punyai sifat seperti aku (baik sangka?)
kerana setiap manusia itu adalah berbeza-beza
kerana itulah lumrah dunia
kerana itu adalah takdir buatku
dan aku melaluinya kerana Allah sayangkan aku dan Allah tahu aku mampu untuk melalui
tidak engkau...
engkau biarkan aku sendirian dan Allah tahu aku mampu untuk hadapinya
walaupun aku terpaksa melalui kesakitan diri ini
teman
mengapa aku sakit?
kerana kau bahagia dgn org yg telah memecahbelahkan kita.
mengapa kau tak nampak semua tu?
kerana tak semua manusia dpt melihat batin seseorang
dan namimah itu amat bangga dan bahagia dgn perbuatannya terhadapku
mengapa? kerana adanya manusia2 sepertimu yg tidak kisah malah suka dan bahagia dgn perbuatannya
teman
dimana imanmu? tidakkah kau nampak kejahatan dlm dirinya?
dikala aku bertanya, mengapa kau boleh cakap aku jeles bila kau mc
dgn bongkaknya dia menjawab "mana saya tau akak bergurau! akak tak cakap pun!"
aku dgn nada perlahan berkata " takkanlah lepas cakap nak kena bg tau GURAU JERRR"
bila aku mengatakan "kalau x tau... x payah la nak citer2"
dgn sombong dan berlagaknya dia jawab "saya tak suka!, saya tak suka akak baik dgn B, akak baik dgn C, tp belakang, akak kutuk2 dia orang! saya tak suka!"
amboi... siapa kau untuk berkata begitu? Insan mulia dan budiman pun tak persoalkan keburukan org lain, apatah lagi ianya dusta!
mengapa dia tak punyai sikap rendah diri?
mengapa dia tak punyai sikap untuk memperlahankan suaranya tatkala berbicara?
sedangkan rendah diri itu bukan hanya utk org yg lebih tua darinya, malah yg lebih muda juga perlu ada.
salahkah kalau dia boleh bercakap begini "akak, saya minta maaf kalau saya menyebabkan akak dan kawan2 bertelagah, bukan niat saya nak buat mcm tu, tp saya terlepas cakap. kalau tanggapan saya salah, saya minta maaf ya" walaupun dia terpaksa berpura2 berkata begitu... aku taklah rasa terhina sangat
taklah aku rasa aku ni mcm seorang pembunuh, pencuri, perompak dan penjenayah. mungkin dia bukan aku... ya.. manusia berbeza. inikah kebaikan manusia yang dikatakan lurus? org lurus rupanya selalu salah... org lurus rupanya selalu ada sikap buruk sangka... buruk sangka pd sesiapa saja yg dia rasa dia patut lakukannya. dan org itu adalah aku...
tak sangka, manusia paling jahat yg pernah aku temui dlm hidupku inilah yang menjadi kebanggaanmu.
tahukah engkau, hanya org2 fasik yang suka dgn manusia namimah ini.. dan hanya org2 yg lalai dan tidak beriman kepadaNya sahaja yg mencintai golongan namimah ini.
awas! namimah ini tergolong dlm 3 manusia yg paling jahat dimuka bumi ini.
teman
dia tu jimat dan berkira orgnya ya?
dia tu tak akan shopping tanpa suaminya ya?
apa lagi kau kata pasal dia?
owh... kau lupa... lupa pulak aku... kau memang pelupa
maafkan aku. tp aku tidak lupa
aku berdiam saja bukan sbb aku lupa
tp sebab aku seorang yg setia, cuba berlaku jujur dan amanah
apakah itu ada dlm dirimu juga?
kalau ada, aku ucapkan terima kasih
kalau kau juga namimah, aku ucapkan semoga Allahh mengampunkan dosa2mu
dan semoga kau sentiasa tidak lupa untuk bersyahadah kepadaNya
teman
aku tidak pernah menunjuk2kan siapa diri aku yg sebenar
kerana aku ingin berada dekat dgn semua teman2 yg aku ada
tidak kiralah org itu fasik, munafik, murtad atau apa sahaja
kerana aku sentiasa baik sangka kepada mereka
tp aku tidak sangka...
org yg berkata takut nak baik2 dgn org sbb takut org tikam dari belakang rupa2nya org itulah yg menikam aku
ternyata dia takut pd byg2nya sendiri
sbb itulah dia bertindak pantas untuk mengaibkan aku
kerana takut aku akan mengaibkannya dulu
ternyata dlm hal ini juga dia buruk sangka pdku
jika dia tahu apa yg aku perkatakan tentang dirinya ini... pasti dia akan menyangkalnya
kita manusia biasa, tak layak menilai diri sendiri
begitulah aku menerima seadanya apa2 sahaja yg dia perkatakan mengenai diri aku
cuma... cara dia itu amat jahat.
dia mengatakan aku tak puas hati cerita belakang...
padahal dia yg tak puas hati pasal perangai dan mulut jahat aku tp cakap belakang aku dgn cara yg lebih jijik!
sbb itulah kita manusia ni tak ada yg sempurna, apa2 saja yg dia kata pd aku.. semuanya ada pd diri dia
sedar atau tidak saja. maka jgnlah suka buat jahat pd org lain.... "what u give... u get back!"
teman..
kau betul2 tidak mengenali aku dan aku betul2 tidak mengenalimu...
No comments:
Post a Comment